Sunday, December 28, 2008

KHAS BUAT RAKAN2

Hanya PadaMu Ku Pinta

Ya ALLAH,
diri ini telah meletakkandan memberikan sepenuh hati kepadaMU untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya.
Ya ALLAH, andainya hatiini ingin KAU berikan sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMU, berikanlah ia kepada khalifahMU yang turut mencintaiMU supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMU dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasihsayangMu ya ALLAH…
Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta, maka cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMU.Ya MUHAIMIN, jika aku jatuh hati,izikanlah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya kepadaMU agar tidak terjatuh hati ini pada jurang cinta nafsu. Ya RAHMAN, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku daripadaMU. Ya RAHIM,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid dijalanMU.
Ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta kekasihMU, janganlah kenikmatan itu melebihi kemanisan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.
Ya ALLAH,
jika aku jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.
Ya ALLAH,
jika kau halalkan aku merindui kekasihMU, jangan biarkan aku melampaui rinduku untuk bertemu denganMU. Kerana aku yakin, bahawa sesungguhnya CINTA HAKIKI dan RINDU yang ABADI hanyalah kepadaMU."

No comments: